BENGKEL PEMURNIAN PELAKSANAAN AUDIT SARAWAK CIVIL SERVICE ENVIRONMENTAL STANDARD (SACSES) SEBAGAI PERSIAPAN FASA 2 TAHUN 2026

Posted on 12 May 2026
Source of News: STIU


KUCHING, 12 Mei 2026 – Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Pelaksanaan Audit Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) sebagai langkah persiapan strategik bagi menghadapi pelaksanaan pengauditan fasa 2 tahun 2026.

Bengkel ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai STIU. Penglibatan aktif daripada kesemua peserta sepanjang bengkel berlangsung mencerminkan komitmen tinggi organisasi dalam memperkasa kualiti dan perancangan pengauditan yang lebih jitu.

Pelaksanaan bengkel pemurnian ini digerakkan dengan fokus untuk mencapai empat objektif utama. Antaranya adalah untuk menilai dapatan pelaksanaan audit SACSES Fasa 1 bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan ruang penambahbaikan dalam kalangan agensi yang dinilai.

Selain itu, bengkel ini bertujuan menyeragamkan kefahaman dan tafsiran kriteria SACSES dalam kalangan juruaudit serta urus setia bagi memastikan kelancaran dan konsistensi pelaksanaan pengauditan. Ia juga menjadi platform penting untuk meningkatkan kompetensi juruaudit melalui perkongsian pengalaman, amalan terbaik (best practices) dan perbincangan kes secara terperinci.

Menerusi pemurnian ini, segala persiapan bagi pelaksanaan audit SACSES Fasa 2 Tahun 2026 dapat diselaraskan agar proses tersebut dapat dilaksanakan secara lebih sistematik, telus dan berimpak tinggi.

Penganjuran bengkel ini diharap dapat memantapkan lagi tahap kesiapsiagaan warga kerja STIU, seterusnya memacu penambahbaikan berterusan ke arah penyampaian perkhidmatan awam.