PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK LAKAR SEJARAH TERIMA DUA PENGIKTIRAFAN MBOR
Posted on 09 May 2026
Source of News: STIU

KUCHING: Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) terus melakar sejarah apabila menerima dua pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi pelaksanaan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) 2025 dan SCS Scorecard.
Pengiktirafan pertama diberikan bagi kategori “Most Government Agencies in a Multi-Tier Quality Evaluation Framework” menerusi pelaksanaan AKPANS 2025 yang melibatkan penyertaan rasmi sebanyak 171 agensi kerajaan di seluruh Sarawak.
Manakala, pengiktirafan kedua diterima menerusi kategori “Most Agencies Implementing Continuous Measurement Balanced Scorecard Performance” yang melibatkan 100 agensi di bawah pelaksanaan SCS Scorecard dan direkodkan pada 1 November 2025.
Sijil pengiktirafan MBOR tersebut telah disampaikan oleh wakil MBOR kepada Pengarah Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) Superi Awang Said sambil disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee sempena Majlis Anugerah Mini Konvensyen Innovative and Creative Circle (ICC) 2026 Peringkat Jabatan Premier Sarawak di Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), di sini, pada Sabtu.
Bagi pencapaian MBOR AKPANS 2025, ia melibatkan penyertaan rasmi sebanyak 171 agensi kerajaan di seluruh Sarawak dengan inisiatif ini dilaksanakan melalui pendekatan penilaian berperingkat yang menyeluruh melibatkan penilaian kendiri dan laporan pembuktian, desktop assessment serta lawatan tapak.
Kriteria penilaian berasaskan Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) yang disesuaikan dengan keutamaanSarawak termasuk inovasi, tadbir urus, keberkesanan penyampaian perkhidmatan, kesejahteraan warga kerja dan impak kepada rakyat.
Selain mengiktiraf pencapaian agensi, AKPANS turut berperanan sebagai platform intervensi penambahbaikan berterusan dengan dapatan penilaian digunakan bagi mengenal pasti ruang pengukuhan khususnya dari aspek pelaksanaan, dokumentasi dan penyampaian perkhidmatan.
Bagi pencapaian SCS Scorecard pula, ia melibatkan penyertaan 16 unit di bawah Jabatan Premier Sarawak, 12 kementerian, 12 pentadbiran bahagian Sarawak, 19 jabatan kerajaan, 24 pihak berkuasa tempatan dan 17 badan berkanun Sarawak.
Pengiktirafan tersebut membuktikan keberkesanan Balanced Scorecard sebagai alat pengukuran dan pengurusan prestasi strategik yang berterusan dalam Perkhidmatan Awam Sarawak khususnya dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus, berstruktur dan berimpak tinggi kepada rakyat serta pihak berkepentingan.
Pendekatan itu juga dilihat berjaya memperkukuh penjajaran prestasi terhadap Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Rancangan Malaysia serta pelan strategik agensi