KUCHING, 7 Mei – Pejabat ini telah mengadakan Sesi Briefing MCI bagi seluruh warga Sarawak Civil Service (SKS), dengan fokus utama kepada penggunaan sistem MCIS sebagai panduan pelaksanaan di lapangan. Dalam sesi tersebut, Chief Digital Officer menekankan kepentingan komunikasi berkesan dengan orang awam, pengurusan yang teratur, serta pematuhan kepada garis panduan yang telah ditetapkan. Demonstrasi turut dijalankan bagi menunjukkan cara penggunaan portal pentadbir untuk mendapatkan maklum balas yang bernilai dan memastikan setiap idea yang dikemukakan bersifat inovatif, transformasi dan baharu.
Antara aspek yang diberi perhatian termasuk pengurusan goodies agar bekalan mencukupi untuk keseluruhan tiga hari acara, penggunaan portal admin dengan betul bagi mengumpul maklum balas yang berkualiti, serta penekanan terhadap standard inovasi supaya setiap idea yang dikemukakan membawa pembaharuan dan nilai tambah kepada perkhidmatan awam.
Sesi ini turut menekankan garis panduan Do’s and Don’ts kepada warga SKS. Antara yang ditekankan ialah sikap sabar dan hormat ketika berurusan dengan golongan warga emas, memastikan komunikasi yang jelas, inklusif dan mesra, serta mengelakkan amalan yang boleh menjejaskan kualiti atau keadilan.
Melalui sesi ini, CDO menegaskan bahawa penggunaan MCIS bukan sekadar alat pentadbiran, tetapi merupakan platform penting untuk memperkukuh budaya inovasi, meningkatkan keberkesanan perkhidmatan, dan memastikan setiap acara memberi impak positif kepada masyarakat serta memperkasa peranan SKS dalam agenda transformasi digital.