(DAY 1) MINI CONVENTION INNOVATIVE AND CREATIVE CIRCLE (ICC) 2026 PERINGKAT JABATAN PREMIER SARAWAK

Disiarkan pada 27 Apr 2026
Sumber Berita: STIU


KUCHING, 27 April – Hari pertama Konvensyen Innovative and Creative Circle (ICC) 2026 Peringkat Jabatan Premier Sarawak berlangsung dengan jayanya melalui penyertaan 12 kumpulan inovasi yang mempamerkan pelbagai inisiatif penambahbaikan proses kerja, transformasi perkhidmatan dan penyelesaian kreatif berimpak tinggi.

Pembentangan hari pertama memperlihatkan penglibatan agensi pusat, agensi teknikal dan pentadbiran bahagian yang mengetengahkan inovasi merangkumi kecekapan operasi, penyampaian perkhidmatan, tadbir urus serta pengukuhan sistem kerja.

Hari pertama turut mencerminkan momentum awal yang kukuh bagi konvensyen ini melalui perkongsian amalan terbaik dan pembudayaan inovasi berterusan dalam Perkhidmatan Awam Sarawak.


Senarai Pembentangan Hari 1

Bil.

Kumpulan

Agensi

1

Evolve X

Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

2

Evolve X II

Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia & Unit Pentadbiran

3

SYURA 5.1

Tabung Baitulmal Sarawak

4

SYURA 5.2

Tabung Baitulmal Sarawak

5

Custodian Neo

Majlis Adat Istiadat Sarawak

6

D.A.S (DECIDE.ACT.SUCCEED)

Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak

7

SWIFTINNO TECH

Regional Corridor Development Authority (RECODA)

8

REAL KAPIT CHRONICLES

Pentadbiran Bahagian Kapit

9

KARABAU

Pejabat Daerah Limbang

10

RESQ10

Pejabat Residen Bahagian Limbang

11

L.S.T 1.0

Pejabat Daerah Lawas (Pejabat Daerah Kecil Sundar)

12

Lavendar

Unit Audit Dalam