
KUCHING, 27 April 2026 – Pelaksanaan Audit SACSES Fasa 1 tahun 2026 diteruskan dengan sesi keenam yang berlangsung di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Audit ini dikendalikan oleh tiga orang juruaudit dari Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU). Mereka telah menerima kerjasama yang baik daripada pihak DBKU, mencerminkan komitmen tinggi organisasi tersebut dalam menyokong pelaksanaan inisiatif SACSES.
Pelaksanaan audit tersebut merupakan usaha berterusan untuk memastikan tadbir urus persekitaran tempat kerja berada pada tahap yang teratur, kondusif dan sistematik selaras dengan kriteria di bawah inisiatif SACSES, di samping bertujuan menilai tahap pematuhan organisasi terhadap amalan terbaik dalam pengurusan persekitaran kerja.
Sepanjang sesi audit, penilaian melibatkan beberapa aspek penting termasuk pengurusan ruang kerja, susun atur fasiliti, dokumentasi serta pelaksanaan amalan kerja yang menyokong peningkatan kecekapan dan produktiviti. Aktiviti pemantauan oleh juruaudit turut disertai oleh wakil pengurusan tertinggi DBKU.
Pelaksanaan audit ini diharap dapat memperkukuhkan budaya kerja yang lebih efisien dan berdaya saing dalam kalangan warga organisasi, seterusnya menyokong usaha ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang