PELAKSANAAN AUDIT SACSES FASA 1 2026 DI LEMBAGA SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR SARAWAK

Disiarkan pada 24 Apr 2026
Sumber Berita: STIU



KUCHING, 24 April 2026 – Pelaksanaan Audit SACSES Fasa 1 tahun 2026 diteruskan melalui sesi kelima yang berlangsung di Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB). Audit ini dikendalikan oleh tiga orang juruaudit dari Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dan telah menerima sambutan yang luar biasa daripada pihak NREB, mencerminkan komitmen tinggi organisasi tersebut dalam menyokong pelaksanaan inisiatif SACSES.

Pelaksanaan audit tersebut merupakan usaha berterusan untuk memastikan tadbir urus persekitaran tempat kerja berada pada tahap yang teratur, kondusif dan sistematik selaras dengan kriteria di bawah inisiatif SACSES, di samping bertujuan menilai tahap pematuhan organisasi terhadap amalan terbaik dalam pengurusan persekitaran kerja. Sepanjang sesi audit, penilaian melibatkan beberapa aspek penting termasuk pengurusan ruang kerja, susun atur fasiliti, dokumentasi serta pelaksanaan amalan kerja yang menyokong peningkatan kecekapan dan produktiviti.

Aktiviti pemantauan oleh juruaudit turut disertai oleh YBhg. Datu Jack anak Liam, Kontroller Kualiti Alam Sekitar Sarawak. Pelaksanaan audit ini diharap dapat memperkukuhkan budaya kerja yang lebih efisien dan berdaya saing dalam kalangan warga organisasi, seterusnya menyokong usaha ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.