PELAKSANAAN AUDIT SACSES FASA 1 2026 DI MAHKAMAH BUMIPUTERA SARAWAK
Disiarkan pada 23 Apr 2026
Sumber Berita: STIU

KUCHING, 22 April 2026 – Pelaksanaan Audit SACSES Fasa 1 bagi tahun 2026 telah berlangsung di Mahkamah Bumiputera Sarawak yang dikendalikan oleh tiga orang juruaudit dari Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) serta turut disertai oleh tujuh pegawai dari Makhamah Bumiputera Sarawak.
Audit ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif strategik bagi memastikan tadbir urus persekitaran tempat kerja berada pada tahap yang sistematik, kondusif dan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan.
Sepanjang sesi audit, penilaian telah dibuat terhadap pelbagai aspek termasuk pengurusan ruang kerja, susun atur peralatan, dokumentasi serta amalan kerja yang menyokong peningkatan kecekapan dan produktiviti organisasi.
Pelaksanaan audit ini diharap dapat memperkukuhkan budaya kerja yang lebih teratur dan efisien dalam kalangan warga Mahkamah Bumiputera Sarawak, selaras dengan usaha berterusan ke arah kecemerlangan perkhidmatan awam.