IMPLEMENTATION OF SACSES PHASE 1 AUDIT 2026 AT THE SARAWAK DEPARTMENT OF AGRICULTURE

Posted on 17 Apr 2026
Source of News: Edisi STIU


KUCHING 17 April – Unit Transformasi dan Inovasi (STIU) melalui Bahagian Audit dan Inspektorat telah memulakan siri pengauditan Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) Fasa 1 bagi tahun 2026. Sesi pengauditan ini merupakan langkah penting bagi agensi-agensi terlibat untuk mendapatkan pensijilan SACSES di samping memperkukuh amalan tadbir urus persekitaran yang mampan, cekap dan berimpak tinggi.

Siri audit diteruskan di Jabatan Pertanian Sarawak di mana pasukan audit telah disambut mesra oleh Timbalan Pengarah Operasi, Puan Radziah binti Jack bersama kakitangan jabatan.

Hasil pemerhatian awal sepanjang hari pengauditan mendapati agensi DOA telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam penjagaan persekitaran pejabat. Selain amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) yang sangat baik, agensi-agensi ini turut mempamerkan penekanan yang serius terhadap aspek keselamatan serta susun atur ruang kerja yang kemas, teratur, dan selamat untuk semua kakitangan.

Pihak STIU merakamkan penghargaan atas sambutan yang amat baik dan kerjasama profesional yang diberikan oleh kedua-dua agensi dalam menjayakan agenda transformasi perkhidmatan awam ini.