PELAKSANAAN AUDIT SACSES FASA 1 2026 DI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SARAWAK

Posted on 17 Apr 2026
Source of News: STIU



KUCHING 16 April – Unit Transformasi dan Inovasi (STIU) melalui Bahagian Audit dan Inspektorat telah memulakan siri pengauditan Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) Fasa 1 bagi tahun 2026. Sesi pengauditan ini merupakan langkah penting bagi agensi-agensi terlibat untuk mendapatkan pensijilan SACSES di samping memperkukuh amalan tadbir urus persekitaran yang mampan, cekap dan berimpak tinggi.


Pasukan audit telah disambut baik oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif Datu Haji Awg Suhaili bin Ledi di Tingkat 4, Ibu Pejabat JKSS.



JKSS wajar diberikan pujian atas inisiatif proaktif dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan atasan dalam menjayakan audit ini. Selain penglibatan di ibu pejabat, wakil-wakil JKSS dari pejabat bahagian turut menyertai sesi ini secara dalam talian sebagai pendedahan awal. Langkah ini merupakan satu contoh teladan yang baik dalam memastikan keselarasan pematuhan standard di semua peringkat jabatan.