GOTONG-ROYONG PERDANA SACSES STIU 2026

Posted on 17 Apr 2026
Source of News: STIU
Pengubahsuaian dekorasi dalaman di Zon B dipantau oleh Encik Nasir.
 
Kuching, 17 April 2026 – Sebagai persediaan menghadapi Audit Dalaman minggu depan serta Audit Persijilan SACSES STIU yang dijadualkan pada 30 April 2026, warga kerja STIU berganding bahu menjayakan Program Gotong-Royong Perdana di Tingkat 4 (Zon B) dan Tingkat 5 (Zon B), Pejabat STIU WBM. Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang ini menyaksikan komitmen penuh semua kakitangan dalam memastikan persekitaran kerja berada pada tahap kebersihan, kekemasan dan keceriaan yang optimum.

Ketua Zon turut memainkan peranan penting dengan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan setiap ruang sentiasa terpelihara dan dikemaskini secara konsisten. Usaha ini bukan sahaja bertujuan memenuhi piawaian pengauditan, malah mencerminkan semangat kerjasama dan budaya kerja positif yang menjadi tunjang kecemerlangan STIU. Program gotong-royong ini diharap dapat memperkukuh persediaan menghadapi audit serta menonjolkan imej profesional organisasi.