SARAWAK PAMER PENDEKATAN TRANSFORMASI SEKTOR AWAM DI PROGRAM INOVASI KEBANGSAAN

Disiarkan pada 14 Apr 2026
Sumber Berita: Edisi STIU

Shah Alam, 14 April 2026
– Kerajaan Sarawak melalui Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) di bawah Jabatan Premier Sarawak menyertai Program Semarakkan Inovasi Sektor Awam Tahun 2026 anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA.
Program ini menghimpunkan inovasi sektor awam berimpak tinggi dari seluruh negara dan menjadi platform strategik bagi perkongsian amalan terbaik dalam penyampaian perkhidmatan.

Sarawak mengetengahkan pendekatan transformasi yang dilaksanakan secara berstruktur dengan penekanan kepada pengukuhan tadbir urus, pemantapan proses kerja dan pembudayaan penambahbaikan berterusan.

Usaha ini bertujuan memperlihatkan kerangka transformasi yang komprehensif, berkongsi pengalaman pelaksanaan secara praktikal dan memperkukuh hala tuju pembaharuan sektor awam yang mampan.

Delegasi Jabatan Premier Sarawak diketuai oleh Superi Bin Awang Said, Pengarah STIU mewakili Sarawak dalam pameran yang diadakan pada 14 April 2026.
“Pendekatan inovasi Sarawak menumpukan kepada pembinaan sistem, pengukuhan tadbir urus dan pemerkasaan budaya kerja bagi memastikan pelaksanaan yang konsisten serta berimpak.”

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam melalui pendekatan yang tersusun, berfokus dan berorientasika.