BENGKEL PEMBANGUNAN KEY FOCUS ACTIVITIES (KFA) 2.0 SIRI 1/2026
Posted on 06 Apr 2026
Source of News: STIU
KUCHING - Bengkel Pembangunan Key Focus Activities (KFA) 2.0 Siri 1/2026 telah berlangsung di Raia Hotel & Convention Centre Kuching, menghimpunkan wakil-wakil agensi dan pihak berkepentingan bagi memperkukuh penyelarasan terhadap keutamaan strategik tahun ini.
Bengkel selama tiga(3) hari ini memberi tumpuan kepada penambahbaikan aktiviti berfokus utama (KFA) bagi memastikan hasil yang boleh diukur, dokumentasi yang lebih mantap serta pencapaian yang jelas. Para peserta turut terlibat dalam sesi kolaboratif untuk menyelaras inisiatif antara jabatan, meningkatkan literasi digital, dan memacu inovasi selaras dengan agenda transformasi negara.
Bengkel ini merupakan siri pertama bagi tahun 2026, sekaligus menjadi landasan kepada usaha penambahbaikan berterusan dan pelaksanaan terancang terhadap sasaran di peringkat agensi.