Kuching – Pentadbiran Bahagian Kuching telah menjalani audit pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015. Audit ini bertujuan menilai dan mengesahkan sama ada pelaksanaan SPK organisasi memenuhi keperluan standard yang ditetapkan serta berkesan dalam merealisasikan hasil yang disasarkan.
Program ini diharapkan dapat memperkukuh budaya kualiti, meningkatkan kecekapan pentadbiran, dan memastikan perkhidmatan awam di Bahagian Kuching terus berintegriti serta memenuhi jangkaan pelanggan.