Pengarah SCSDU dikurniakan Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S)

Disiarkan pada 11 Oct 2025
Sumber Berita: UKAS

11/10/2025 - Tahniah diucapkan kepada Pengarah Unit Pendigitalan Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSDU), YBhg. Datu Grace Huong Siew Hung, atas pengurniaan Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) yang membawa gelaran “Datu”, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-79 Tuan Yang Terutama pada 11 Oktober 2025.

Seramai 42 penerima telah dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam istiadat pengurniaan yang berlangsung di Astana Negeri Sarawak pada hari Sabtu selepas istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa yang berlangsung di Padang Merdeka, Kuching.

Edisi UKAS (BM)

Edisi UKAS (Mandarin)

Edisi UKAS (Iban)

Pengumuman Edisi UKAS (BM)

Pengumuman Edisi UKAS (English)

Video YBhg. Datu Grace Huong Siew Hung menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) di dalam istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak







© Jabatan Premier Sarawak. Hak Cipta Terpelihara.


Kemas Kini Terakhir Pada 08 Jan 2026

Waktu Operasi

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup

image Penilaian
image Pengumuman