KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof mendahului senarai 1372 penerima Anugerah Kebesaran Negeri Sarawak Tahun 2025 sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-79.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya itu dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A) yang membawa gelaran Datuk Amar.
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum dan Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sarawak Dato Richard Wee Liang Chiat pula dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S) yang membawa gelaran Dato Sri.
Lima lagi individu menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K) membawa gelaran Datuk.
Mereka ialah Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Dato Ibrahim Baki, Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai & Laut) Dato Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan II Dato Majang Renggi dan Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Datu Ik Pahon Joyik.
Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Adana Jed pula mengepalai sembilan penerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) yang membawa gelaran Datu.
Turut menerima darjah sama ialah Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Dr Cassidy Morris, Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak Awang Mohamad Fadillah Awang Redzuan, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Awang Zamhari Awang Mahmood, Residen Bahagian Betong Richard Michael Abunawas, Pengarah Unit Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia Sharifah Rohana Datu Wan Alwi, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak Zainal Abidin Abdullah, Pengurus Besar SALCRA Joseph Blandoi dan Huong Siu Hung.
Manakala 22 lagi individu dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) yang membawa gelaran Dato.
Antaranya ialah isteri Setiausaha Kerajaan Sarawak Datin Amar Baduyah Bujang, Datin Sri Angelina Celestine Ujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh, ADUN Meluan Rolland Duat Jubin, ADUN Beting Maro Razaili Gapor, Ahli Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abd Wahab dan Setiausaha Sulit Kepada Premier Sarawak Ahmad Hazlan Ismawi.
Turut menerima darjah sama ialah Dr Punitha Silvarajoo, DCP Mohd Taufik Toh Abdullah, Brigedier Jeneral Jafri Sulaiman, Su Tiang Joo, Fenny Nuli, Jasni Jubli, Hasbilah Mohd Salleh, Tapah Ata, Dr Wan Ali Tuanku Madhi, Ruslan Abdul Ghani, Augustine Wong Chung Ho, James Ung Sing Kwong, Ngui Ing Ing, Dr Salihin Abang dan Zolkipli Mohamad Aton.
Tiga lagi individu menerima anugerah Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S)(Posthumous) membawa gelaran Dato iaitu Mendiang James Alexander Ritchie, Allahyarham Shahren Ahmad Zaidi Adruce dan Allahyarham Mohd Hasbie Sulaiman.
Sementara itu, tujuh lagi individu menerima Johan Bintang Kenyalang (J.B.K) iaitu ADUN Tebedu Dr Simon Sinang Bada, ADUN Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan, Abdul Halim Abang Naili, Abdul Samat Gany, Bundan Ngila, Chamles Jack dan Vijayan Ngalingam.
Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Veronica Lugah, Residen Bahagian Kapit Elvis Didit, Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman dan Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Awang Putrayusrie Awang Redzuan pula antara 18 penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C).
Pecahan penerima darjah lain adalah Pingat Perwira Negeri (P.P.N) (Emas) (1 penerima); Pingat Perwira Negeri (P.P.N) (Emas) (Posthumous) (1 penerima); Pingat Perwira Negeri (P.P.N) (Perak) (3 penerima); Pingat Perwira Negeri (P.P.N) (Gangsa) (10 penerima); Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S) (13 penerima); Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) (134 penerima), Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) (159 penerima); Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) (109 penerima); Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) (157 penerima); Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) (355 penerima); Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) (Posthumous) (1 penerima) dan Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) (362 penerima). - EDISI UKAS