News

 

Regatta Sejijak Serlahkan Identiti Sarawak Sebagai Destinasi Pelancongan Di Borneo

Posted on 09 Jun 2024
Source of News: UKAS




KUCHING: Pesta Regatta Sejijak 2024 telah menyerlahkan lagi identiti Sarawak sebgai destinasi pelancongan yang menarik kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Hal ini kerana, Sarawak bukan sahaja terkenal dengan tempat-tempat menarik malah kaya dengan pelbagai aktiviti menariknya tersendiri iaitu dari segi pelancongan sukan, pelancongan budaya dan sebagainya.

Bagi acara kali ini, Regatta Sejijak 2024 telah mendapat sambutan yang luar biasa baik dari dalam mahupun negara-negara luar.

Bagi acara pembuka tirai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman telah diberi pemghormatan oleh pihak pengajur untuk melepaskan perahu bagi acara 30 pengayuh dan acara terbuka.

Semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat di Sarawak membolehkan pengunjung dan pengayuh perahu regatta itu sendiri berkampung di Kampung Sejijak selama tiga hari ini tanpa sebarang masalah. -EDISI UKAS