Sesi Post-Assessment Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU)

Posted on 29 Nov 2024
Source of News: STIU

Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) telah mencatatkan pencapaian bermakna dalam perjalanan ke arah kecemerlangan organisasi melalui pelaksanaan sesi Post-Assessment Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) yang telah berlangsung pada 29 November 2024. Sesi tersebut menandakan penutup kepada siri inisiatif strategik bagi memperkukuhkan proses organisasi dan menyemai budaya inovasi.

Perjalanan STIU dengan MBEF bermula pada 3 Mei 2024 melalui pelaksanaan Bengkel Business Excellence for Practitioners. Sejak itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan, termasuk penyediaan dokumentasi strategik dan penglibatan bersama kakitangan bagi memastikan organisasi memenuhi piawaian yang ditetapkan dalam kerangka MBEF.