Audit Pematuhan Pelaksanaan Inisiatif Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) JKMS
Posted on 10 Nov 2025
Isnin, 10 November 2025
Audit Pematuhan Pelaksanaan Inisiatif Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) telah dijalankan bersama dua (2) orang pegawai Audit daripada Unit Transformasi Dan Inovasi Sarawak (STIU), iaitu Encik Abdul Malik Syafuan bin Adam Malek dan Encik Fiqri Assyafiq bin Abu Bakar Sham. Hasil daripada audit tersebut, JKMS berjaya memperoleh markah sebanyak 96%.
Audit ini menunjukkan bahawa Jabatan telah menunjukkan komitmen yang positif melalui penganjuran serta penyediaan latihan yang berterusan dalam platform KIK. Selain itu, sokongan berterusan daripada pihak pengurusan atasan turut menjadi faktor utama dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan aktiviti KIK di Jabatan ini.