Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Sarawak

Laman Web Jabatan Premier Sarawak

picture
 

Latar Belakang


Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) merupakan salah satu unit di dalam Jabatan Ketua Menteri. Sebelum ini, unit ini dikenali sebagai Unit Keselamatan Negeri. 

Unit Keselamatan Negeri (UKN) di Jabatan Ketua Menteri telah diwujudkan pada 15 November 2002 melalui penyerapan keanggotaan kakitangan keselamatan yang sedia ada di Unit Pentadbiran pada masa tersebut. Ketika itu, peranan unit ini merangkumi aspek keselamatan Sosial, Ekonomi, Politik, Alam Sekitar dan Keselamatan Perlindungan bangunan-bangunan Kerajaan Negeri Sarawak.

Dalam tempoh 2002 – 2016, fungsi-fungsi di atas tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya atas sebab kekurangan keanggotaan dan atas persetujuan Kerajaan Negeri, UKN telah memulakan usaha pengstrukturan semula pada bulan Ogos 2016.

Tujuan penstrukturan semula ini adalah untuk memantapkan lagi kolaborasi dengan agensi-agensi penguatkuasa Negeri dan Persekutuan  terutamanya berkaitan dengan penguatkuasaan dan menjalankan operasi secara bersepadu.

Penstrukturan semula UKN telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 22 Jun 2017 dengan nama baharu iaitu Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN).

Fungsi UKPN yang lebih meluas serta kerjasama rapat dengan agensi-agensi penguatkuasa Negeri dan Persekutuan akan menjadi pemangkin dalam pencapaian visi dan misi UKPN.

MMKN telah meluluskan pindaan nama UKPN kepada Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) pada 28 April 2022.