Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Sarawak

Laman Web Jabatan Premier Sarawak

picture
 

Latar Belakang SARAWAK COASTGUARD


Penubuhan SARAWAK COASTGUARD telah diumum oleh YAB Ketua Menteri Sarawak di Oya, Mukah pada 1 Oktober 2019. Secara rasminya penubuhan SARAWAK COASTGUARD telah dilancarkan pada 07 April 2021 oleh YAB Datuk Patinggi (DR) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg (Ketua Menteri Sarawak) di Tebingan Kuching Waterfront.

Keperluan SARAWAK COASTGUARD ini diwujudkan memandangkan negeri ini mempunyai garis pantai yang panjang iaitu 760 kilometer serta mempertingkatkan aktiviti-aktiviti pengawalan pantai bertujuan melindungi sumber asli maritim yang lumayan dan menjaga keselamatan para nelayan.

Penubuhan ini juga adalah sebagai pelengkap kepada Agensi-agensi Penguatkuasaan maritim lain yang sedia ada. Dalam hal ini, Ordinan Perikanan Sarawak 2003 (Cap.54) akan memberi kuasa kepada SARAWAK COASTGUARD untuk bertindak sebagai Pegawai Perikanan.