Pengenalan CERT Sarawak


 

               

Community Emergency Response Team (CERT) Sarawak merupakan sub-kumpulan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang terdiri daripada wakil-wakil kerajaan, pemimpin tempatan dan penduduk setempat. Kumpulan ini ditubuhkan bagi menggalakkan penglibatan aktif kerajaan dalam kumpulan bertema/sektor melalui mesyuarat dan penyelarasan.

Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri bertanggungjawab menyelaras program ini dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan.

CERT bukanlah untuk menggantikan peranan agensi profesional kerajaan, tetapi terdiri daripada kumpulan sukarelawan komuniti yang mampu bertindak sebagai responden pertama semasa bencana. CERT membantu mempersiapkan komuniti untuk menghadapi sebarang situasi kecemasan dan pada masa yang sama memupuk semangat kesukarelawanan. Setiap ahli CERT diajar untuk membantu diri sendiri, keluarga dan jiran tetangga. Dengan cara ini, komuniti akan lebih bersedia ketika berlakunya kecemasan.