Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Sarawak Perlu Autonomi Pendidikan & Kesihatan |
KUCHING: Keperluan untuk mengembalikan kuasa autonomi pendidikan dan kesihatan kepada Sarawak perlu diberi keutamaan, melebihi perdebatan politik mengenai pembahagian hasil minyak dan gas. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang menegaskan bahawa fokus harus diberikan kepada hak Sarawak dalam bidang yang lebih asas seperti pendidikan dan kesihatan. “Saya fikir, bukankah itu yang diperjuangkan oleh Sarawak selama ini? Walaupun hingga hari ini, kita masih mengejar untuk mendapatkan kembali kawalan terhadap pendidikan dan kesihatan,” katanya dalam sidang media semasa Persidangan DUN Sarawak Ke-19 pada Jumaat. Tegasnya, Kerajaan Persekutuan seharusnya meneruskan tanggungjawab tahunan dalam menyediakan bajet untuk sekolah dan hospital di Sarawak. Pada masa sama, beliau menyeru rakyat Sarawak untuk terus mendukung pembangunan berdasarkan keupayaan sendiri sambil memperkukuh tuntutan terhadap hak-hak negeri di bawah Perlembagaan Malaysia.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Tujuh Laluan Utama Ke Murum & Tubau Perlu Perhatian Segera |
KUCHING: Jalan-jalan bekas balak yang menjadi laluan utama ke kawasan pedalaman Murum dan Tubau kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan, dengan kerosakan teruk yang mengancam keselamatan pengguna setiap hari. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon berkata, ia termasuk laluan ke Lusong Laku, Ulu Jelalong, Long Unan/Senep, Long Lawen, Long Koyan serta jalan ke Rumah Ding dan Rumah Ugak. Menurutnya, laluan tersebut memerlukan perhatian segera memandangkan ia menjadi nadi utama penduduk setempat untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan. "Mereka tiada pilihan lain selain menggunakan jalan berkenaan setiap hari, dan berhadapan risiko tinggi yang boleh mengancam nyawa hanya untuk memenuhi keperluan asas harian. "Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Saya menyeru kerajaan untuk segera melaksanakan projek naik taraf jalan-jalan bekas balak yang kritikal demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kawasan pedalaman,"tegasnya. Beliau berkata demikian ketika membahas Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini pada Jumaat. Dalam pada itu, Kennedy turut menzahirkan rasa simpati terhadap penduduk dan penjawat awam di kawasan pedalaman yang terpaksa mengharungi perjalanan berbahaya setiap hari menggunakan laluan berkenaan demi melaksanakan tugas dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat. "Antara golongan yang paling terkesan adalah warga pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) Lusong Laku, petugas kesihatan Klinik Kesihatan Lusong Laku yang sering ulang alik menghantar pesakit ke Klinik Kesihatan Sungai Asap dan seterusnya ke Hospital Bintulu, termasuk kakitangan agensi kerajaan yang terpaksa menggadaikan nyawa bagaikan 'telur di hujung tanduk' apabila menggunakan jalan yang rosak teruk ini,"ujarnya lagi. Sehubungan itu, beliau merayu agar kerajaan Sarawak dan kementerian berkaitan segera mengambil tindakan menaiktaraf jalan-jalan tersebut demi meningkatkan akses dan kesejahteraan komuniti luar bandar. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Mohamad Shafizan Teguh Bantu Rakyat, Sampaikan Sumbangan kepada Golongan Memerlukan Sebuyau |
SEBUYAU: Program ‘Ziarah Kasih Santuni Rakyat’ anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid bersama Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar berlangsung dengan penuh jayanya, diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen, Mohamad Shafizan Kepli. Dalam majlis berkenaan, beliau telah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 50 penerima daripada golongan yang memerlukan. Tindakan beliau bukan sekadar simbolik, tetapi mencerminkan komitmen tulen dalam membantu meringankan beban rakyat. “Saya bertekad untuk terus bersama rakyat, menyantuni mereka dengan pendekatan mesra dan inklusif,” kata beliau dalam ucapannya padaJumaat. Beliau turut menegaskan bahawa program seumpama ini akan diperluaskan ke seluruh kawasan Parlimen Batang Lupar, agar tiada komuniti yang tersisih daripada arus pembangunan dan perhatian. Lebih menarik lagi, beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra serta mendengar sendiri luahan dan pandangan penduduk, membuktikan pendekatan kepimpinan beliau yang bersifat mendengar, menyelami dan bertindak demi kesejahteraan rakyat. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Masyarakat Kampung Tungkah Melayu, Rahman Enggoi; Ketua Masyarakat Kampung Tungkah Melayu Hilir, Hamda Piee; dan Penyelia Kanan KEMAS Batang Lupar Kawasan Sebuyau, Yaman Madian. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Serian Agrofest 2025 Jangka Tarik 4,000 Pengunjung, Sasar RM100,000 Hasil Jualan |
TEBEDU: Serian menjadi lokasi ketiga dalam siri Jelajah Agrofest anjuran Jabatan Pertanian Sarawak peringkat bahagian menjelang acara kemuncak Sarawak Agrofest 2025 yang dijadual berlangsung dari 22 hingga 31 Ogos 2025 di Bintulu. Program Serian Agrofest 2025 yang berlangsung selama tiga hari menyasarkan kehadiran seramai kira-kira 4,000 pengunjung dan menjana pendapatan sebanyak RM100,000, menerusi pameran produk serta teknologi terkini dalam sektor pertanian. Acara ini berlangsung di Dataran Mutiara, Tebedu dari jam 2.30 petang hingga 5 petang dan dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Bahagian Serian. Sebanyak 62 gerai pameran dibuka pada edisi kali ini, terdiri daripada 30 booth agensi kerajaan dan 32 booth usahawan serta syarikat swasta, selain turut menampilkan pameran laman ternakan sebagai antara tarikan utama. Antara agensi yang terlibat termasuk Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Lembaga Industri Getah Sarawak (SARIB) dan beberapa syarikat pertanian swasta yang aktif di negeri ini. Menariknya, festival kali ini turut diserikan dengan acara “Panu Birantan” atau Perarakan Gawai yang bukan sahaja disertai oleh suku kaum Dayak seperti Bidayuh, Iban dan Orang Ulu, tetapi juga masyarakat Melayu dan Cina di Bahagian Serian. Majlis perasmian Program Serian Agrofest 2025 telah disempurnakan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom di Dataran Mutiara Tebedu pada Jumaat. Hadir sama, Timbalan Menteri (Industri Makanan), Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri (Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Datuk Martin Ben, Ahli Parlimen Serian Dato’ Sri Dr. Richard Riot Jaem, ADUN Tebedu, Dr. Simon Sinang Bada, ADUN Bukit Semuja, John Ilus, Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datu Sirai Daha, Residen Bahagian Serian, Caroline Cleophas Joseph dan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Dominic Chunggat. Selain itu, beberapa usahawan tempatan telah menerima Anugerah Usahawan Jaya atas kejayaan masing-masing dalam sektor pertanian iaitu Polok Lakeng (Tanaman Makanan), Tan Yek Hong (Industri Asas Tani), Chua Hua Beng, Akuakultur (Perikanan Darat) dan Emmanuel Henry Bujang (Penternakan). -EDISI UKAS |
View |
|
news |
鼓励纪实性编写地方史书籍,建议出版两本以砂拉越历史为基础的书籍 |
古晋:砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士鼓励作家和研究人员,从社区本身的角度创作基于砂拉越当地历史的作品。 他也建议两个可以作为写作素材的主要主题,即武吉沙多(Bukit Sadok)与抗英战士仁达(Rentap)事迹,以及砂拉越早期政权核心地带,里达丹那(Lidah Tanah)和新尧湾地带的历史。 “其中一个可以被关注的主题是,武吉沙多及仁达的故事。如果可能的话,这项研究应该从我们自己的视角出发,依据我们的历史进行论述。这是因为这个故事与当时的海盗问题有关,因此也英进一步考证’仁达’与海盗之间是否存在关联。” “因此,需要进行一项全面的研究,也许这项研究的可命名为’武吉沙多仁达’(Bukit Sadok Rentap),以便我们能够更详细地记录把这段重要的历史。” 他周五出席砂拉越总理最佳书籍颁奖典礼上,如是说。 此外,他也提出第二项写作建议,涉及里达丹那(Lidah Tanah)和新尧湾地区。他说,这些地区在拉惹詹姆士布洛克(Rajah James Brooke)统治之前,曾是政权中心。 ”第二个建议是’拿督巴丁宜阿里:砂拉越政权中心’。因为当时的砂拉越不像现在,其范围从里达丹那(Lidah Tanah)延伸到新尧湾,但权力中心位于里达丹那。许多早期及詹姆士布洛克时代的历史事件,都与里达丹那和新尧湾息息相关。” 他解释说,正是因为这段历史,他才支持建设绕过新尧湾通往石隆门的四车道公路,以便游客可以前往那里参观里达丹那和新尧湾事件的遗址。 他说,这段历史也与新尧湾的马来村落有关,那里的马来人与比达友族群之间有着紧密的团结。 “因此,我们可以从历史的角度来写这本书,并透过各种文献和素材进行出版,鼓励社会创作更多有依据及事实支撑的历史作品。” 在这方面,他还宣布将砂拉越总理最佳书籍奖的外部出版物类现金奖从 5000 令吉增加至 1 万令吉,而语文出版局(DBP)出版物类现金奖则从 8000 令吉增加至 1 万 5000 令吉。 他说,这是为了鼓励为子孙后代提供更高质量、基于事实的出版物。 典礼结束时,砂拉越总理也亲自颁发奖项。 在语文出版局出版类别中,由Emilyn Badut、Mohd Saiful Maifin 和 Siti Hawa Mohamad Ali 合作创作的《Empurau: Ikan Eksotik Sarawak》书籍成功斩获 8000 令吉现金奖、奖状和由语文出版局出版的随书。 同时,在外部出版类别中,由 Datu Dr Sanib Said 撰写的《Negeri Santubong: Sejarah Awal Sarawak 300 ESS-1647 ES》书籍,成功获得 5000 令吉的现金奖、奖状和语文出版局出版的随书。 出席者包括砂拉越政府秘书拿督阿玛阿布巴卡、砂拉越教育、创新及才能发展部副部长拿督安华拉拜医生、砂拉越总理署副部长(廉正及监察)拿督祖安达再也、达佬区立法议员沙菲益、各部门主管及其他嘉宾。 -UKAS 刊 |
View |
|
news |
截至2025年4月,共有510家公司获批为“视为土著”公司 |
古晋:截至今年4月30日,共有510家公司根据砂拉越土地法典第9(1)(d)条文,已获批准并宪报为“视为土著”(Deemed To Be A Native*)公司。 砂拉越城市规划、土地管理及环境副部长拿督连达立夫指出,这些已被宪报的公司被允许依据现有法律规定,进行具有土著地区土地(Native Area Land)的交易。 “拥有100%土著股权的公司,其申请批准权属于砂拉越政府秘书。而对于股东土著持股比例少于100%的公司,其批准权限则归属砂拉越内阁。” 他是在周五召开的第19届砂拉越立法议会会议上,回答来自峇卡拉兰区立法议员巴鲁比安的口头提问时,作出上述说明。 拿督连达立也补充,若有公司欲申请“视为土著”的资格,可向砂拉越天然资源与城市发展部提出申请,并填写相关申请表格,该表格可通过该部门官方网站下载。- UKAS 刊 |
View |
|
news |
312.8公里加帛前木山道路已登记在MARRIS系统,具备维修资格 |
古晋:砂拉越政府已将加帛省312.8公里的前木山路登记在马来西亚道路档案系统(MARRIS)下。 砂拉越基础设施与港口发展部副部长拿督艾登拉里伍表示,这项前瞻性措施让这些前木山道路可根据财政部(MOF)发布的指南,透过马来西亚道路档案系统拨款进行维修保养。 “通过将前木山道路登记在马来西亚道路档案系统下,政府就能依据各自的标准和规格,将其分类为州道路(JRN)或乡村道路(JKPG),并申请相关维修经费。” 他是在第19届砂拉越立法议会会议(DUN),回答峇类区立法议员尼古拉斯的提问时,做此表示。 拿督艾登进一步指出,部分木山道路尚未登记,因仍由伐木特许经营公司负责管理。 截至2025年2月,未登记的木山道路总长为1万3687.9公里,其中包括位于天然森林特许执照区的8553公里道路,及位于人工种植林执照区的5134.9公里道路。 目前,仍处于使用状态的木山道路约1172.6公里。 “砂拉越政府目前正计划接管包括木桥在内的188公里前木山路。”- UKAS 刊 |
View |
|
news |
利用达雅市集推广文化遗产 |
古晋讯:砂拉越的非政府组织(NGO)受促积极发挥作用,继续通过举办社区活动,如达雅节市集(Bazar Gawai)来保护和推广文化遗产。 砂拉越青年、体育及企业发展部副部长拿督杰拉德表示,这类倡议不仅能够加强多元族群之间的团结,也为本地企业家提供平台推广以文化为基础的产品。 “这类活动非常重要,因为它是一个展示传统习俗、文化和传统的平台,尤其是伊班族及达雅社群的文化。” 他出席石角MJC举办的达雅节市集时,如是说。该市集设有180个摊位,成为今年庆祝达雅节期间规模最大的市集之一。 同时,他也对乌鲁人协会在今年担任全国达雅节主办单位表示祝贺。 作为庆典的高潮,他邀请民众踊跃出席,砂拉越副总理拿督阿玛道格拉斯即将在古晋婆罗洲会展中心(BCCK)举办的达雅节开放门户活动。 出席者还包括伊班社群文艺之夜筹委会主席玛邦乌刚、峇都达瑙区立法议员拿督保罗斯以及达雅比达友协会(DBNA)主席拿督依巴宏。-UKAS 刊 |
View |
|
news |
内陆学子展现潜能,全体考生通过SPM考试 |
古晋:位于德朗乌山偏远地区的弄布迪安国中(SMK Long Bedian)在去年的大马教育文凭(SPM)考试中,取得100%及格率的骄人成绩,成为德朗乌山社区领袖与村长(KMKK)代表团于周四前往砂立法议会大厦礼貌拜会砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士时的焦点话题。 该代表团由德朗乌山区立法议员拿督丹尼斯奥率领,他也不忘感谢砂拉越政府特别拨款支持学校开办额外课程及学术支援计划。 “由拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里批准的拨款,确实为偏远学校,尤其是弄布迪安国中的学生带来巨大影响。该校自成立逾10年来,去年首次参加SPM考试,43名考生全数及格,当中包括24名来自本南族的学生。” 他周四在拜会砂总理后,接受媒体访问时,这么表示。 拿督丹尼斯奥也分享了一位学生的励志故事,该学生曾辍学9年后重返校园,于2025年3月直接升读中五,并在去年底成功通过大马教育文凭考试。 “这故事证明,只要给予机会与支持,内陆的孩子其实聪明且具备巨大潜能。” 此外,德朗乌山社区领袖与村长也在会上提呈多项基础建设建议,包括提升旧伐木路的需求,并正式邀请砂总理到峇南地区进行工作访问。 “发展是无止境的。只要人民有需要,我们就应持续发声,为内陆居民争取更好的生活。”-UKAS刊 |
View |
|
news |
312.8km Bekas Jalan Balak Bahagian Kapit Didaftar Di Bawah MARRIS, Beri Kelayakan Penyelenggaraan |
KUCHING: Kerajaan Sarawak telah mendaftarkan sejumlah 312.8 kilometer (km) bekas jalan balak di bahagian Kapit di bawah Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Menurut Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir. Aidel Lariwoo, langkah proaktif ini membolehkan bekas jalan balak diselenggara menerusi peruntukan MARRIS selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF). “Dengan cara mendaftarkan bekas jalan balak di bawah MARRIS, peruntukan kewangan boleh didapatkan untuk menyelenggara jalan ini, sama ada mendaftarkannya sebagai jalan raya negeri (JRN) atau jalan raya kampung (JKPG) mengikut kriteria serta spesifikasi masing-masing,” katanya. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai dalam Persidangan DUN Ke-19 pada Jumaat. Datuk Ir. Aidel menjelaskan, terdapat jalan balak yang masih belum berdaftar memandangkan masih di bawah tanggungjawab syarikat konsesi balak. Sehingga Februari 2025, jumlah ini melibatkan 13,687.9km merangkumi 8,553km di kawasan ‘Forest Timber Licence’ dan 5134.9km di kawasan ‘Licence Planted Forest’. Manakala, jalan balak yang masih aktif adalah sepanjang 1,172.6km. “Kerajaan Sarawak kini sedang merancang untuk mengambil alih bekas jalan balak termasuk jambatan kayu yang terdapat di sepanjang jajaran ini sepanjang 188km,” tambahnya. -EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious1181118211831184118511861187118811891190NextLast |