Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan | 
|---|---|---|---|
| news | 砂拉越强化经济以应对全球不确定性 | 古晋:尽管面对全球不确定性挑战,尤其是关税战争及国际油价波动,砂拉越仍致力于保持经济强韧,确保经济增长不受影响。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士指出,美国在“解放日”所实施的关税政策,对砂拉越的影响甚微,因为美国并非本区域的主要贸易伙伴。 不过,他也坦言,全球贸易紧张局势及国际油价下滑至2025年4月至5月期间每桶约65美元,仍间接影响砂拉越的石油与天然气领域收益。 “现有预测显示,2025年原油平均价格将为每桶66美元,并预计在2026年进一步下滑至59美元。” 他于周三在第19届砂拉越议会会议上进行总结时,如是指出。 砂总理相信,随着全球需求的逐步恢复,油价也将逐渐回升。 “尽管全球经济前景充满不确定性,但我们有信心,凭借砂拉越的抗压能力及稳健的发展战略,本区域将持续取得进展。” 拿督巴丁宜阿邦佐哈里补充,砂拉越将持续强化各项经济倡议,并拓展石油与天然气以外的多个产业领域,以增强砂内经济的韧性,抵御外部冲击。-UKAS刊 | Lihat | 
| news | Rangkaian Pengangkutan Lengkap Bantu Sarawak Muncul Sebagai Hab Tenaga Boleh Diperbaharui, Ekonomi Baharu | KUCHING: Kerajaan Sarawak komited mengukuhkan rangkaian pengangkutan lengkap bagi memastikan kesalinghubungan domestik dan antarabangsa yang lancar bagi orang dan barangan melalui udara, darat, sungai dan laut. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, rantaian bekalan yang kukuh dan mampan akan membolehkan Sarawak benar-benar muncul sebagai hab Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi baru. “Semasa lawatan saya ke Toulouse, Perancis awal bulan ini, saya berpeluang melawat ibu pejabat ATR dan Airbus sebagai sebahagian daripada persiapan kita untuk menjadikan Sarawak sebagai hab aeroangkasa. “Airbus menyatakan sokongan padu terhadap aspirasi Sarawak, dengan mencadangkan Laluan Perkongsian Strategik Airbus-Sarawak Kenyalang, merangkumi enam bidang utama iaitu, laluan menuju pengeluaran bahan api penerbangan mampan; pembangunan modal insan; pembangunan ekosistem industri; perjalanan digital penerbangan; projek perundingan Airbus untuk AirBorneo; dan operasi ruang udara,” ujar beliau. Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, pada Rabu. Datuk Patinggi Abang Zohari menambah, perbincangan pembangunan Aerotropolis di Sarawak turut diadakan bagi memastikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching mampu menampung lebih 15 juta pelancong setiap tahun. Tambahnya, lawatan beliau ke Abu Dhabi membolehkan Sarawak mempelajari model global di Abu Dhabi, yang mana pelabuhannya bersambung dengan lokasi antarabangsa di seluruh Timur Tengah, Eropah, Afrika, dan Asia, sekaligus mengorak perancangan untuk meningkatkan kesalinghubungan domestik Sarawak dengan lebih baik. “Memorandum Persefahaman antara Kumpulan Pelabuhan Abu Dhabi dan Bintulu Port Holding Berhad telah ditandatangani semasa lawatan tersebut untuk memupuk kerjasama jangka panjang dalam pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur pelabuhan, logistik maritim, dan perkhidmatan berkaitan pelabuhan di Pelabuhan Bintulu dan kawasan lain yang menjadi kepentingan bersama,” umum beliau. Datuk Patinggi Abang Zohari menegaskan bahawa projek mega ini akan melibatkan pelaburan daripada sektor swasta, sekali gus mengurangkan beban kewangan Sarawak dan menjamin pembangunan mampan Sarawak untuk masa depan. Dengan langkah strategik ini, Sarawak dijangka menjadi tumpuan utama pelaburan dan pembangunan teknologi hijau di Asia Tenggara, membuka peluang pekerjaan dan memperkukuh ekonomi negeri dalam era revolusi industri hari ini. -EDISI UKAS | Lihat | 
| news | Perkhidmatan Awam Sarawak Sasar 100 Peratus Digital Menjelang 2030 | KUCHING: Sarawak terus mengorak langkah dalam agenda transformasi digitalnya apabila Kerajaan Sarawak menetapkan sasaran untuk mendigitalisasikan sepenuhnya kesemua 1,106 perkhidmatan kerajaan menjelang tahun 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, Perkhidmatan Awam Sarawak telah berjaya mendigitalkan 55 peratus daripada perkhidmatan kerajaan pada tahun 2024. “Pencapaian ini adalah bukti dedikasi perkhidmatan awam kita dan momentum yang semakin meningkat dalam transformasi digital kita dan paling penting, ia membawa manfaat sebenar kepada rakyat, menjadikan perkhidmatan kerajaan lebih mudah diakses, lebih pantas, dan lebih telus untuk semua rakyat Sarawak. “Inisiatif-inisiatif ini hanyalah permulaan dan kita akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kita dengan segera, bertanggungjawab dan berdisiplin, untuk memberikan manfaat kepada rakyat dan komuniti perniagaan,” ujar beliau semasa ucapan penggulungan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, pada Rabu. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkasakan penjawat awam, Kerajaan Sarawak ujarnya telah menyediakan pelbagai peluang peningkatan kemahiran termasuk menghantar pegawai kanan mengikuti latihan di institusi ternama dunia seperti Universiti Harvard, Universiti Cambridge, London School of Economics and Political Science (LSE), Universiti Oxford dan Lee Kuan Yew School of Public Policy. “Kita memerlukan perkhidmatan awam yang tangkas, berkemampuan dan bersedia menghadapi masa depan untuk merealisasikan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030). “Melalui profesionalisme dan disiplin pegawai kita, dasar-dasar kerajaan dapat diterjemahkan kepada pelbagai projek dan program yang memberikan impak bermakna kepada rakyat,” ujar beliau. -EDISI UKAS | Lihat | 
| news | KETEQ.AI Pencapaian Membanggakan Anak Sarawak | KUCHING: Peranti prototaip penukar kuasa berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang pertama di dunia, KETEQ.AI merupakan satu pencapaian membanggakan bagi anak Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata prototaip tersebut dibangunkan oleh anak Sarawak melalui kerjasama antara Sarawak Microelectronics Design (SMD) dan CSA Catapult dari United Kingdom. Menurutnya, peranti berteknologi tinggi ini merupakan satu pencapaian revolusioner dalam membetulkan kesilapan sistem kuasa secara masa nyata. "Ini bakal mengubah cara kecerdasan buatan terbenam dan terdesentralisasi digunakan untuk menjadikan mesin lebih pintar dan cekap, terutamanya dalam tugas yang memerlukan kelajuan, kestabilan dan kawalan autonomi. “SMD kini memberi tumpuan kepada usaha untuk membawa KETEQ.AI ke tahap kesediaan komersial, memastikan ia mencapai piawaian tertinggi dari segi prestasi dan kebolehpercayaan. “Pencapaian ini mencerminkan keupayaan Sarawak yang semakin berkembang dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi dan sedia industri,” katanya dalam ucapan penggulungannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu. Premier Sarawak menambah, lawatan ini juga menandakan setahun sejak pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Semikonduktor Sarawak–UK dengan KETEQ.AI merupakan bukti kejayaan kerjasama antarabangsa yang mampu menghasilkan teknologi yang boleh diimplementasikan secara nyata. Premier Sarawak menambah, pihaknya juga telah memulakan proses pendaftaran Harta Intelek (IP) bagi melindungi inovasi teras dan algoritma proprietari di sebalik KETEQ.AI , sekali gus memastikan perlindungan undang-undang dan meletakkan inovasi tersebut sebagai peneraju global dalam reka bentuk semikonduktor berasaskan AI. “Keseluruhan inisiatif berani ini akan melonjakkan Sarawak ke arah menjadi hab semikonduktor utama,” jelasnya. -EDISI UKAS | Lihat | 
| news | SKAS Ringankan Beban Rakyat, Galak Transformasi Digital Luar Bandar | KUCHING: Pelaksanaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) oleh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah berjaya membawa impak besar kepada kehidupan harian rakyat negeri ini di samping terus menggalakkan transformasi digital di kawasan luar bandar. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, sejumlah RM464.5 juta telah berjaya disalurkan kepada 758,483 orang penerima menerusi platform e-dompet, S Pay Global. “Inisiatif ini bukan sahaja meringankan kos sara hidup, malah turut merangsang perbelanjaan isi rumah dan menyokong pertumbuhan ekonomi komuniti, khususnya peniaga kecil dan pengusaha runcit,” katanya dalam ucapan penggulungan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu. Datuk Patinggi Abang Zohari menambah, pelaksanaan SKAS menggunakan S Pay Global juga telah memberi kesan positif terhadap tahap celik digital rakyat, terutamanya di luar bandar. Ujarnya, jawatankuasa kampung, persatuan belia dan biro wanita kini aktif menggunakan platform digital untuk mengurus aktiviti, menyebarkan maklumat serta mempromosikan produk tempatan secara dalam talian. “Penggunaan S Pay Global yang dahulunya tertumpu di kawasan bandar kini semakin meluas ke kawasan luar bandar. Ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan dan keterlihatan organisasi setempat, tetapi juga menggalakkan penglibatan mereka dalam ekonomi digital,” jelasnya. Jelasnya, usaha ini selari dengan visi Kerajaan Sarawak yang bukan sahaja membentuk masyarakat celik digital, tetapi turut bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi yang pesat berlaku di Bumi Kenyalang. -EDISI UKAS | Lihat | 
| news | Sarawak Perkukuh Ekonomi Hadapi Ketidaktentuan Global | KUCHING: Sarawak bertekad untuk terus kekal kukuh dan memastikan pertumbuhan ekonominya tidak terjejas walaupun berdepan dengan cabaran ketidaktentuan global, khususnya berikutan perang tarif dan turun naik harga minyak dunia. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat sempena Hari Pembebasan (Liberation Day) hanya memberi kesan minimum kepada Sarawak kerana negara itu bukan rakan dagang utama wilayah ini. Namun menurutnya, Sarawak tetap terjejas secara tidak langsung akibat ketegangan perdagangan global dan kejatuhan harga minyak kepada sekitar USD65 setong antara April dan Mei 2025, yang menjejaskan pendapatan sektor minyak dan gas. "Unjuran semasa menunjukkan harga minyak akan berada pada purata USD66 setong pada 2025 dan dijangka menurun kepada USD59 pada 2026," katanya dalam ucapan penggulungannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini pada Rabu. Premier Sarawak juga yakin harga minyak akan mula pulih secara beransur-ansur sejajar dengan peningkatan permintaan global. “Walaupun prospek ekonomi global penuh ketidaktentuan, kita yakin dengan daya tahan Sarawak dan strategi pembangunan yang mantap, wilayah ini akan terus berkembang maju,” tegas beliau. Datuk Patinggi Abang Zohari menambah, Sarawak akan terus memperkukuh pelbagai inisiatif ekonomi dan memperluaskan sektor lain selain minyak dan gas bagi memastikan ekonomi negeri lebih berdaya tahan menghadapi goncangan luar.-EDISI UKAS | Lihat | 
| news | 丹绒恩邦深海港口发展研究正在进行中 | 古晋:丹绒恩邦深海港口发展项目的技术与经济可行性研究目前正在积极展开。 砂拉越副总理拿督阿玛道格拉斯表示,该研究涵盖多项关键领域,包括现场勘查、海床测量、潮汐观测、洋流测量、土壤调查以及环境影响评估。 “所有这些评估对确定港口设计、工程参数、长期可持续性以及项目的财务可行性都至关重要。” 他于周三在第19届砂拉越议会会议上,进行部门事务总结时,这么说。 另一方面,他透露,砂石油公司(PETROS)正进行一项综合性的总体规划,以统筹各个项目组成部分。 他说,这些内容包括港口基础设施开发、能源系统、碳捕集技术,以及工业区的布局规划。 此外,拿督阿玛道格拉斯指出,砂石油公司也正在遴选具资格的国际技术顾问,以带领古晋低碳枢纽总体规划的发展进程。-UKAS刊 | Lihat | 
| news | Sarawak Fokus Perkasa MSME Bagi Capai Ekonomi Bernilai Tinggi Menjelang 2030 | KUCHING: Sarawak menyokong strategi nasional dalam memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) dengan tumpuan kepada peningkatan nilai tambah dan penyertaan dalam rantaian nilai global. Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, meskipun menyumbang besar kepada ekonomi, majoriti MSME masih berada pada tahap mikro yang rendah dari segi hasil nilai tambah. “SME Corp. Malaysia melaporkan perubahan struktur MSME dalam tempoh 20 tahun lalu sangat minimum, dengan campur tangan banyak tertumpu kepada pengembangan organik perusahaan mikro dan kecil. "Syarikat bersaiz sederhana menjana RM8.5 juta nilai tambah, berbanding hanya RM0.2 juta oleh perusahaan mikro,” jelasnya semasa sesi penggulungan kementeriannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu. Tambah beliau, Sarawak kini menempatkan lebih 74,000 MSME, iaitu 6.8 peratus daripada keseluruhan MSME negara. Menurut beliau lagi, kerajaan negeri juga akan menyelaraskan dasar keusahawanan dan pembangunan industri dengan inisiatif Persekutuan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13. Inisiatif itu antaranya menyasarkan peningkatan jumlah syarikat sederhana daripada 1.8 kepada 5 peratus, galakan penyertaan dalam aktiviti bernilai tinggi serta memudahkan penyenaraian syarikat di papan pasaran. “Strategi kami akan memastikan MSME mempunyai peluang saksama untuk meneroka perniagaan baharu, meningkatkan daya saing dan membina ketahanan jangka panjang dalam pasaran global,” katanya lagi.-EDISI UKAS | Lihat | 
| news | Sarawak Terajui Usaha Penyahkarbonan Serantau Melalui Teknologi CCUS | KUCHING: Sarawak kini berada di barisan hadapan dalam usaha penyahkarbonan serantau menerusi pelaksanaan teknologi Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), dengan potensi penyimpanan karbon geologi melebihi 65 peratus daripada keseluruhan kapasiti negara. Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kedudukan strategik ini bukan sahaja mengukuhkan peranan Sarawak dalam ekonomi rendah karbon di peringkat global, malah membuka ruang kepada pelaburan mampan dan penyelesaian inovatif jangka panjang. “PETROS sebagai pengurus sumber yang dilantik telah melancarkan Sarawak Bid Round 2024, pusingan bidaan pertama di Asia yang memfokuskan kepada penyimpanan karbon, melibatkan tiga lokasi luar pesisir yang dikenal pasti mempunyai potensi geologi yang tinggi,” katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu. Tambah beliau, perjanjian bagi bidaan tersebut dijangka dimuktamadkan dan dianugerahkan kepada syarikat yang berjaya menjelang akhir suku kedua 2025. Jelas beliau lagi, PETROS turut memacu pembangunan dua hab utama CCUS di Kuching dan Samalaju, yang akan merangkumi infrastruktur bersepadu bagi penyimpanan karbon dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Inisiatif ini akan menjadikan Sarawak penyedia penyelesaian penyimpanan karbon untuk pengeluar domestik dan antarabangsa. “Usaha ini akan meletakkan Sarawak sebagai pemain utama dalam portfolio penyimpanan karbon bertaraf global, sekaligus memperkukuh kepakaran negeri, daya tarikan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi rendah karbon secara mampan,” ujar beliau.-EDISI UKAS | Lihat | 
| news | Lebih RM3.5 Bilion Dana Diluluskan Bantu PMKS di Sarawak Sejak 2021 | KUCHING: Kerajaan Sarawak terus komited memperluas akses pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sebagai usaha memperkukuh daya saing perniagaan tempatan dan merangsang inovasi. Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kekangan pembiayaan kekal sebagai cabaran utama yang menjejaskan pertumbuhan PMKS dan menghadkan keupayaan mereka untuk beralih kepada teknologi baharu. “Sehubungan itu, PMKS digalakkan untuk meneroka pembiayaan alternatif seperti “crowdfunding” dan modal teroka, di samping memanfaatkan pelbagai skim bantuan kewangan yang disediakan oleh kementerian,” katanya ketika sesi penggulungan kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19, pada Rabu. Katanya, antara program yang ditawarkan termasuk Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK), Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV), Program Go Digital, Skim Mikro Kredit Sarawak (SKMS) dan Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS). Jelasnya, sejak 2021, lebih 9,400 PMKS telah menerima manfaat daripada program-program ini dengan jumlah pembiayaan melebihi RM204.3 juta. “Sehingga kini, lebih 178,000 PMKS telah menerima manfaat menerusi pembiayaan yang diluluskan bernilai kira-kira RM3.3 bilion daripada institusi seperti SME Bank, Amanah Ikhtiar Malaysia, MIDF, MARA dan SEDC. “Bantuan ini turut merangkumi pembiayaan hijau oleh Alliance Bank dan Dana Strategik OCBC yang menyokong pelaburan dalam inisiatif mampan dan mesra alam,” katanya.-EDISI UKAS | Lihat | 
| PertamaSebelumnya1141114211431144114511461147114811491150SeterusnyaTerakhir |