25 Oktober 2025 (Sabtu) – Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSDU) telah menyertai Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 sebagai Welcoming Booth dalam pameran Sarawak Expo yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.
Majlis perasmian Sarawak Expo Lan Berambeh telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, yang turut melancarkan pameran tersebut secara rasmi di booth SCSDU.
Booth SCSDU turut menerima kunjungan istimewa daripada YAB Premier Sarawak, yang meluangkan masa meninjau pameran digital serta inisiatif transformasi perkhidmatan awam yang diketengahkan oleh unit tersebut.
Petikan berita TVS: https://www.facebook.com/share/p/17UW2WuEAJ/