Service Sarawak Miri - Service Sarawak Booth di MYY Mall, Miri
25 & 26 Oktober 2025 - Service Sarawak telah mengadakan 2 hari program Promosi Service Sarawak & Perkhidmatan Digital Kerajaan Sarawak di MYY Mall, Miri.
Objektif program:
Pendaftaran & mengemaskini akaun SarawakPass.
Mempromosikan perkhidmatan atas talian & bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan Sarawak ( KGC, SCHB, S pay Global, SKAS, Bantuan Kewangan Khas Pelajar IPTA/IPTS, aplikasi Service Sarawak) kepada orang awam yang hadir.
Memperkenalkan aplikasi Service Sarawak serta membantu orang awam untuk melanggan bil dalam talian.
Membantu mengemaskini SarawakPass & S Pay Global bagi memudahkan orang awam untuk membuat tuntutan SKAS.