Service Sarawak Miri - Lawatan Perkongsian Amalan Terbaik (Best Practices) ke Pejabat Pendidikan Daerah Miri
21 Oktober 2025 (Selasa) - Service Sarawak Miri telah mengadakan Lawatan Perkongsian Amalan Terbaik (Best Practices) ke Pejabat Pendidikan Daerah Miri dan disambut oleh Jawatankuasa EKSA PPD Miri.
Rombongan lawatan telah disambut baik oleh Puan Mariam Haji Monek, Pegawai Pendidikan Daerah Miri dan pihak beliau telah sudi untuk berkongsi ilmu dan pengalaman serta amalan-amalan baik yang dipraktikkan oleh jawatankuasa EKSA PPD Miri. Ahli rombongan juga diberi peluang untuk melawat kawasan dan sudut EKSA PPD Miri dan didedahkan dengan inisiatif amalan hijau yang telah dilakukan oleh jabatan tersebut.
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif utamanya iaitu menerima pendedahan mengenai inisiatif digitalisasi dan amalan mesra alam serta perkongsian pengalaman Jawatankuasa EKSA PPD Miri untuk dipraktikkan di pejabat.