Datuk Amar Douglas Uggah Salur Geran MRP RM1.1 Juta

Disiarkan pada 26 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


BETONG: Sejumlah RM1.1 juta geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Bukit Saban dan Bantuan Input Pertanian Tanaman Halia Fertigasi disalurkan kepada 17 organisasi, sekolah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk setempat di Spaoh.
 
Geran tersebut disampaikan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas baru-baru ini.
 
Penerima cek MRP adalah The Saribas Spaoh Association, Persatuan Tionghua Spaoh, Kelab Kebajikan dan Rekreasi SJKC Chung Hua Spaoh, JKKK Rumah Panjang Tembawai Tinting, Jawatankuasa Kebajikan Lemambang Paku, PIBG SK Penom, PIBG SK Paku Central, PIBG SK St John, PIBG SK Spaoh, PIBG SK Nanga Gayau, PIBG SJKC Chung Hua Spaoh dan PIBG SK Suri.
 
Turut menerima adalah Gerempung Pendam Tembawai Temiang, JKKK Rumah Panjang Samu, Peserta Penternak Burung Puyuh dari Nanga Muyok, Persatuan Guru-Guru Sekolah Rendah Aliran Bahasa Cina Bahagian Sri Aman dan Betong dan Kelab Pesara Kerajaan Kampung Melayu Spaoh.
 
Manakala Penerima Bantuan Input Pertanian Tanaman Halia Fertigasi yang merupakan peserta dari rumah panjang iaitu Engkerebai, Linggit, Udau, Lemapaong Anyut, Jukun, Serudit A
dan Ulu Bayor.
 
Datuk Amar Douglas Uggah berharap geran yang diserahkan akan membawa manfaat, menggerakkan kegiatan ekonomi pertanian dan membantu di dalam pelaksanaan aktiviti masing-masing.
 
Sementara itu, Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu turut menyampaikan cek MRP beliau kepada beberapa buah PIBG dan persatuan dengan nilai keseluruhan RM87,000. - EDISI UKAS