Majlis Kesyukuran Sambutan Hari Polis Ke-217 Platform Dekati Komuniti

Disiarkan pada 26 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


KANOWIT: Penganjuran Majlis Kesyukuran bersempena Sambutan Hari Polis Ke-217 Bagi Tahun 2024 platform bagi pihak polis mendekati komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana dalam kenyataan medianya mengucapkan tahniah kepada pihak Ibu Pejabat Polis (IPD) Kanowit kerana telah menganjurkan program kesyukuran tersebut bertempat di Gereja Methodist Iban Pasar Kanowit di sini pada Rabu.

Katanya, hubungan rapat di antara pihak polis dan komuniti setempat adalah penting bagi keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan tersebut.

Selain itu, mengenai permohonan pihak Gereja Methodist Iban Pasar Kanowit bagi yang memohon dana untuk pelaksanaan aktiviti tahunan Gereja, ADUN Ngemah akan menyalurkan dana melalui peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Ngemah Fasa 2 tahun 2024.

Hadir bersama ialah Ketua Polis Daerah IPD Kanowit DSP Dennis Bunyam, ASP Augustine Gaja, INSP Plomina William, Penghulu Dunstan Mandau, Penghulu Entalai Ansam, Paderi Jonathan Nora, Paderi Resa Nyalu dan tetamu jemputan yang lain. -EDISI UKAS