SARIKEI: Sebanyak 87 projek telah diluluskan oleh Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) yang berjumlah RM1.525 bilion.
Jumlah keseluruhan projek tersebut yang dicadangkan dan mendapat kelulusan pada Jawatankuasa Pemandu RADDA Bil. 1/2024 pada 16 Julai lepas.
Sebanyak 27 projek telah mendapat kelulusan juruperunding daripada Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak (SFS) dan empat projek lagi sudah mendapat kelulusan secara kelulusan sebahagian (Jururunding Survei sahaja).
Manakala, kelulusan lain adalah 12 projek melibatkan perunding dalaman, 34 projek masih di peringkat pemilihan konsultan oleh pihak agensi pelaksana dan 10 projek lagi dalam proses pencalonan juruperunding.
Anggaran projek yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 adalah sebanyak 43 projek daripada 87 projek yang berjumlah RM842.53 juta dengan kerja reka bentuk projek telah bermula untuk kesemua 87 projek.
Difahamkan, jumlah projek yang akan dilaksanakan ini boleh bertambah sebaik sahaja kelulusan bagi pelantikan juruperunding diluluskan oleh pihak SFS. -EDISI UKAS