KUCHING: Seramai 148 orang menerima darjah dan pingat kebesaran Sarawak dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Dewan Besar Astana Negeri Sarawak di sini pada Selasa.
Istiadat pengurniaan tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut dihadiri oleh Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.
Daripada jumlah itu, seramai 11 orang mendahului senarai utama menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pegawai Bintang Sarawak (PBS) iaitu Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee diikuti Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli, Ahli Parlimen Lubok Antu Roy Angau Gingkoi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Allan Siden Gramong, ADUN Simunjan Awla Dris, ADUN Opar Billy Sujang, ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor, ADUN Katibas Lidam Assan, ADUN Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin, Dekan Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Asri Said serta Setiausaha Sulit Kanan Di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara Mohammad Fahmi Mustaffa.
Selain itu, ADUN Ngemah Anyi Jana mendahului senarai penerima untuk Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang diikuti Dr Hamden Gani, Shafrie Saili, Syed Hossin Wan Hamit, Lo Sheau Sia, Sharifah Zakiah Tuanku Haji, Surya Mohamad Alias dan Zarina Shebli.
Manakala bagi Pingat Pentadbiran Awam untuk Pingat Perkhidmatan Bakti, penerima adalah Dr Nasriman Abdul Rahman, Azman Saberan, Abang Julawady Abang Shukori, Thadzul Azali Jumaat, Dr. Salehudin Sabar, Mohamed Faizal Shah Ali, Mohd Adzrul Adzlan, Shabri Wahab, Wahid Olen, Robert Bedali Lawrence Sanaun, Lee Wee Ju, Suhaili Mokhtar, Colline John Sitin, Kawi Nyomui, Nicholas Bali, Donny Sadin Kachon, Abang Mohd Tahir Abang Masagus, Profesor Dr Ehfa Bujang Safawi, Dr Samsiah Udin, Siti Romiza Romali, Zuraidah Abas, Adriana Peter Chee, Josephine Avelind Noyem, Lucy Batchy Gabriel Puem, Lim Ah Lan dan Nancy Dii Nore.
Penerima bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.) didahului Datin Lai Siew Tan diikuti Lena Libau, Dorong Kabut, Enteri Lengkoi, Chai Ngee Wui, Gindie Elui, Hiu Kee Jin, Jong Mew That, Lee Kim Hoi, Michael Bong Sze Kiong, Philip Liaw Kian Sin, Sim Poh Heng, Duncan Dalot, Masing Birai, Tutong Nyaon dan Wan Mahdi Wan Mohbar.
Dayang Nazira Abang Ashari pula mendahului senarai bagi penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.Κ.) diikuti Fadzilyatun @ Haslina Abdul Latif, Maliah Jeman, Lily Tuah, Abu Seman Umar, Ngieng Hock Teck, Ronald Lim Joon Hui serta Mohamat Rumzum Omar.
Manakala penerima Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.Τ.) pula ialah Sarjan Mejar Henry Chundau, Sarjan Benidkit Kiai, Sarjan Freddy Gamok, Koperal Mohammad Hirman Jamari, Julaihi Narawi, Rahmat Abing, Tiny @ Rudy Jios, Hassim Samat, Ahmad Jais Logo, Yazid Kalbi, James Gani, Jolly Nyandung, Sarjan Ghazali Bujang, Joseph Diea, Mohamad Roslan Entol, Mohd Afandi Mat Sani, Masida Mustapha, Putit Chaong, Nyawai Patrick Long, Napi Mohamad, Abdurahim Mohatar, Sandy Jugah, Pelim Ketak, Selia David Koki, Sarjan Marea Nisau, Sandra Sadu Anyie Eng, Haslina Mohd Effendie, Mahayan Raduan, Sakinah Harun, Maisuri Mohamad, Lucy Tingko, Suzana Tang Long, Irine Sanyung, Berenai Pinol, Janaliah Ahmat, Noria Jenang, Dayang Noraliza Awang Abdul Rahman, Fauziah Junaidi, Lucia Singgot @ Nur Syafiqah Abdullah, Madeline Abu dan Siti Rosmanezza Abdul Rahman bagi pihak Allahyarham Abdul Rahman Ibrahim.
Senarai terakhir bagi penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) didahului oleh Abdul Rani Adenan, Ahmad Ham, Amit Abang Sahari, Amit Omar, Fazilah Wahee, Japar Sidi, Jifudin Abdullah, Alison Rated @ Lated, Charles Vincent, Hugh Doyos, Lerry Nyuin, Jhon Jingan Brunei, Nichlos Allendy Sering Ngumbang Ruka, Hassan Edek, Morsalin Tahir, Mohamad Napri, Chai Kit Siang, Chong Han Siong, Beslie Kanying, Ahkuan Keu, Safri Saidi, Nazri Abdullah, Hadi Mat, Hazemi Bojeng, Haidi La Salem, Mohamad Baki Anyan, Sahari Idris, Hancewood Olin Noah, Augustine Kumpang, Bless Siman, Abdul Rahman Ali, Nurlaila Abdullah @ Pamela Guyang, Lia Mudet, Bena Patug, Foo Ai Sin, Ho Guek Meng, Ho Mung Gek dan Nurika Amira Madaud bagi pihak Allahyarham Madaud Ahmad.
Hadir pada istiadat tersebut ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik. -EDISI UKAS