Karnival Belia DUN Lingga Platform Anak Muda Serlahkan Bakat

Disiarkan pada 25 Nov 2024
Sumber Berita: UKAS


SIMANGGANG: Karnival Belia Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga menjadi platform kepada anak-anak muda menyerlahkan bakat mereka menerusi penyertaan mereka dalam aktiviti yang dianjurkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, setiap individu mempunyai bakat dan kelebihannya yang tersendiri, justeru perlu diketengahkan dengan mengambil peluang menyertai aktiviti-aktiviti yang ada dianjurkan.

Jelasnya, para belia perlu menggunakan peluang yand disediakan oleh pihak kerajaan mahupun swasta sebagai platform untuk tujuan pembelajaran seterusnya mengembangkan diri dengan pengetahuan dan ilmu-ilmu baharu yang diperolehi daripada program.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Karnival Belia DUN Lingga yang berlangsung di Kompleks Sukan Sri Aman di sini pada Sabtu.

Selain menjadi platform untuk menyerlahkan bakat beliau, karnival ini juga berperanan untuk membina rangkaian sosial positif dalam kalangan belia siiring dengan langkah kerajaan untuk membina masyarakat harmoni dan inklusif.

Dalam majlis itu, Dayang Noorazah turut meluluskan dana berjumlah RM20,000 yang diberikan kepada Jawatankuasa Pesta Benak 2024.

Hadir sama, Penasihat Khas di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri Rohani Abdul Karim, Pegawai Daerah Sri Aman Sharif Bujang, Pegawai Daerah Lingga Frank Lani, pemangku Pegawai Daerah Pantu Joshua Martin Jantan dan Temenggung Mohamad Shah Achang. -EDISI UKAS