JKM Bahagian Bintulu Sedia Bantu Mangsa Ribut Kampung Pandan, Sebauh 

Disiarkan pada 25 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


BINTULU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu bersedia untuk mengagihkan bantuan awal daripada kerajaan negeri kepada semua mangsa bencana ribut di Kampung Pandan, Sebauh.

Pada jam 3 petang Rabu, Pejabat Pertahanan Awam Daerah Bintulu telah menerima laporan berhubung kejadian ribut yang berlaku di kampung itu. 

Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sebauh bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Pejabat Daerah Sebauh telah melawat tempat kejadian sejurus menerima aduan.

Kejadian ribut tersebut telah menyebabkan kerosakan pada bumbung yang melibatkan 10 buah rumah persendirian, blok pentadbiran dan blok akademik Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan, Sebauh yang berstruktur kayu. 

Buat masa ini, Pusat Perlindungan Sementara belum lagi dibuka bagi mangsa-mangsa yang terjejas kerana masing-masing memilih untuk tinggal bersama saudara berdekatan.-EDISI UKAS