MPM Pinda Peraturan Para SUKMA, Galak Penyertaan Atlet OKU

Disiarkan pada 25 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS
 
MELAKA: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) telah bersetuju meminda peraturan pada temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang akan berlangsung dari 20 hingga 28 September depan.
 
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata berdasarkan peraturan baharu tersebut, mana-mana acara sukan pada Para SUKMA boleh dipertandingkan jika hanya dua negeri dan empat atlet yang mengambil bahagian.
 
Jelasnya, ia berbeza dengan peraturan sebelum ini yang menetapkan sebanyak tiga negeri dan tiga atlet bagi membolehkan acara sukan dipertandingkan.
 
“Peraturan sebelum ini menetapkan asal ada tiga negeri dan tiga atlet, acara itu boleh dilangsungkan.
 
“Pindaan yang kita buat, daripada tiga negeri, kita ubah kepada dua negeri dan empat atlet, maka acara itu sudah boleh dipertandingkan," katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa kunjungan hormat delegasi SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 ke atas Exco Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri Melaka, P. Shanmugan A/L Pitchay di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Seri Negeri Melaka, Ayer Keroh pada Khamis.
 
Delegasi Sarawak diketuai Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
 
Hadir sama Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datu Felicia Tan, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak Awang Putrayusrie Awang Redzuan serta delegasi lain.
 
Tambah Dato Sri Fatimah lagi, pindaan peraturan itu adalah bagi menggalakkan penyertaan atlet dalam temasya Para SUKMA.
 
“Prinsip yang kita pegang untuk sukan Para SUKMA ini ialah untuk memberi peluang.
 
“Kemenangan adalah bonus tetapi dalam hasrat kita untuk memperkasakan atlet OKU, kita mesti memberi mereka peluang dan ruang yang luas.
 
“Atas prinsip tersebut membolehkan pindaan ini diluluskan oleh pihak MPM,” katanya lagi.
 
Katanya, peraturan baharu itu diharap dapat melahirkan lebih ramai atlet Para dan seterusnya membantu mengharumkan nama negeri dan negara di persada dunia.
 
Menjelas lanjut, beliau berkata setakat semalam seramai 1520 atlet dan 788 pegawai akan terlibat dalam Para SUKMA edisi kali ini.
 
Katanya, Majlis.Makan Malam Para Sukma.akan diadakan pada 21 September depan yang akan dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.
 
Manakala perasmian kejohanan pada 22 September itu dan akan disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Stadium Perpaduan Petra Jaya.
 
Katanya lagi, majlis penutupan pula akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof pada 28 September 2024. –EDISI UKAS