Pergerakan Pemuda & Belia PBB DUN Semariang Lawat DUN Sarawak

Disiarkan pada 20 Nov 2024
Sumber Berita: Ukas


KUCHING: Pergerakan Pemuda dan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semariang telah mengadakan lawatan ke DUN Sarawak pada Selasa.

Delegasi tersebut turut menyaksikan persidangan yang sedang berlangsung sekaligus mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963, Dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Kunjungan tersebut turut diadakan bagi membincangkan mengenai aktiviti-aktiviti pembangunan Pemuda dan Belia di konstituensi beliau.

Turut hadir sama, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Dato Hilmy Othman. -EDISI UKAS