Sesi Raptai Penuh Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Sebuyau Berjalan Lancar

Disiarkan pada 24 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


SEBUYAU: Sesi raptai bagi Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Sebuyau yang akan berlangsung di Dewan Pembangunan Sebuyau pada Sabtu depan berjalan lancar hari ini.

Program tersebut akan dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Sesi raptai ini diadakan bagi memastikan segala aspek penganjuran program berjalan lancar seperti yang dirancang.

Raptai yang berlangsung pada jam 4.30 petang itu turut melibatkan beberapa agensi tempatan yang bersama membantu dalam menjayakan penganjuran berkenaan.

Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan kelak seperti persembahan silat, hadrah malah persiapan dari sudut teknikal, pencahayaan dan susun atur muzik untuk persembahan hiburan dilakukan sebaiknya bagi melancarkan perjalanan acara berjalan lancar.

Sehubungan itu, penduduk di sekitar Derah Sebuyau, Simunjan dan Samarahan dijemput untuk memeriahkan program tersebut.  

Hadir sama ke majlis raptai itu ialah Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang dan Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang. -EDISI UKAS