KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman.
Jawatankuasa yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak merangkap Penasihat Jawatankuasa Datuk Francis Harden Hollis di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.
Kunjungan itu bertujuan menjemput Datuk Amar Douglas Uggah untuk hadir ke Pesta Benak yang telah dijadualkan pada 29 November sehingga 1 Disember ini.
Dalam pertemuan tersebut turut membincangkan peruntukan serta aktivit-aktiviti yang akan berlangsung dalam Pesta Benak tahun ini.
Pada tahun ini, sasaran pengunjung yang akan hadir adalah sekitar 60,000 hingga 70,000 pengunjung.
Hadir sama pada kunjungan hormat berkenaan ialah Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Charlie Keling, Pegawai Daerah Sri Aman Shariff Bujang dan Walikota Majlis Daerah Sri Aman Anthony Abell Chendan. -EDISI UKAS