MDM Anjur Kempen Katakan Tidak Kepada Bahan Pastik

Disiarkan pada 24 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


BARAM: Majlis Daerah Marudi (MDM) telah menganjurkan kempen 'Katakan Tidak Kepada Bahan Plastik' bersempena dengan Hari Bumi Sedunia.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MDM, Lawrence Jaba David berkata, pihak MDM dan Ahli-Ahli Majlis Daerah Marudi telah berjumpa dengan pengusaha premis-premis perniagaan dan minuman supaya tidak menggunakan beg plastik.

“MDM telah diberi mandat untuk menjalankan Kempen Hari Bumi Sedunia dengan Kempen Tidak Menggunakan Plastik untuk pasaraya. 

“Untuk kedai makan, Kempen Tidak Menggunakan polisterina dengan straw,” katanya semasa ditemui media pada Kempen Katakan Tidak Kepada Bahan Pastik Sempena Hari Bumi Sedunia di sini pada Rabu.

Difahamkan, pihak majlis telah mengedarkan poster dan memberikan penerangan tentang keburukan penggunaan plastik secara berlebihan.

Selain itu, program ini juga memberikan kesedaran kepada peniaga dan pengguna supaya sama-sama berganding bahu dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk megurangkan pencemaran alam sekitar. 

Hadir sama, Pengerusi MDM, Kaunselor Edward Mendai dan Timbalan Setiusaha MDM Doriana Queen Jet. -EDISI UKAS