Projek Saluran Paip Gas Bintulu-Samalaju Dijangka Siap Suku Keempat 2025

Disiarkan pada 13 Nov 2024
Sumber Berita: UKAS



KUCHING: Projek Saluran Paip Gas Bintulu-Samalaju dijangka siap menjelang suku keempat tahun 2025.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek tersebut merupakan inisiatif penting dalam pengembangan infrastruktur gas di Sarawak kini sedang berada dalam fasa Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC).

Menurutnya, projek tersebut dijadualkan untuk memulakan kerja-kerja 'onshore civil works' pada Disember 2024.

“Projek Saluran Paip Gas Bintulu-Samalaju yang kini di fasa EPCC akan memulakan 'onshore civil works' pada Disember 2024," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu.

Tambah beliau lagi, Projek Bintulu-Samalaju Gas Pipeline bertujuan untuk menghubungkan kawasan Bintulu dengan Samalaju, dua lokasi yang merupakan pusat penting dalam industri gas dan tenaga di Sarawak.

"Infrastruktur ini akan memainkan peranan besar dalam memudahkan penghantaran gas asli untuk keperluan industri, sekali gus mengukuhkan sektor tenaga negeri," katanya lagi.

Dato Sri Julaihi menjelaskan, projek ini dijangka siap dan mula beroperasi pada suku keempat tahun 2025 dan akan memenuhi permintaan gas daripada industri hiliran, terutamanya di kawasan Samalaju yang mempunyai banyak industri besar.

Projek ini katanya merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Sarawak untuk memperkasa sektor tenaga di negeri ini, memastikan bekalan gas yang stabil dan mencukupi untuk memenuhi keperluan p