250 Tetamu Meriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Di Kuala Lumpur

Disiarkan pada 23 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


KUALA LUMPUR: Seramai 250 orang tetamu telah memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang diadakan di Kuala Lumpur pada Isnin.

Majlis tersebut dipenuhi dengan kehadiran warga Sarawak yang tinggal di ibu negara termasuk warga Kuala Lumpur yang hadir.

Dalam kesempatan itu, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyantuni tetamu yang hadir terutamanya rakyat Sarawak yang hadir.

Selain itu, kehadiran sahabat handai Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi iaitu mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Mantan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Dato Seri Azeez Rahim telah menyerikan lagi majlis tersebut.

Pada kemuncak majlis, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi serta isteri berkesempatan menyampaikan duit raya sebelum merakam gambar bersama dengan para tetamu yang hadir. -EDISI UKAS