Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarikei Sertai Latihan FFRC Dan FFCC

Disiarkan pada 23 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


SARIKEI: Semua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarikei telah menyertai Latihan Fire Fighter's Combat Challenge (FFRC) dan Fire Fighter's Combat Challenge (FFCC) yang diadakan di Padang Kawad Balai Bompa dan Penyelamat (BBP) Sarikei pada Isnin.
 
Latihan itu termasuk berlari membawa dua gulung hos hantaran, menaiki tangga jentera, menarik bebanan 1 gulung hos, membawa mangsa dari aras 2, membawa turun 2 gulung hos dari aras 3, membawa mangsa di dalam ‘stretcher’ dan menjatuhkan sasaran menggunakan pancutan air.
 
Kesemua anggota telah menunjukan komitmen yang tinggi serta berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan latihan tersebut.-EDISI UKAS