PRS Bukit Goram Johan Badminton Tertutup PRS Piala Ketua Pemuda 2024

Disiarkan pada 05 Nov 2024
Sumber Berita: UKAS


KAPIT: Pasukan PRS Bukit Goram dinobatkan juara Kejohanan Badminton Tertutup Parti Rakyat Sarawak (PRS) Piala Ketua Pemuda Edisi 2024.

Perlawanan akhir yang diadakan di Dewan Muhibbah Bletek Kapit pada Ahad menyaksikan Pasukan PRS Bukit Goram berjaya menumpaskan Pasukan PRS Belaga.

Sementara itu, PRS Baleh berjaya mendapat tempat ketiga.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Presiden Parti PRS Datuk Joseph Salang Gandum.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Datuk Snowdan Lawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Wilson Nyabong Ijang, ADUN Baleh Nicholas Kudi Jantai, ADUN Ngemah Anyi Jana, Timbalan Residen Bahagian Kapit Robert Liman dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola merangkap Timbalan Setiausaha PEMUDA PRS Pusat Russel Geramong Wilson. -EDISI UKAS