Program Jualan Madani Koperasi Rancak Ekonomi Penduduk Setempat

Disiarkan pada 04 Nov 2024
Sumber Berita: UKAS


PUSA: Program Jualan Madani Koperasi mampu membantu meningkatkan ekonomi penduduk di luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor berkata, dalam masa yang sama, koperasi di kampung disaran ditubuhkan bagi menaiktaraf ekonomi masyarakat serta memudahkan aktiviti ekonomi dapat dirancakkan.

Selain itu, beliau turut mengingatkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) untuk memperkasakan fungsi koperasi dan menekankan peranan dan manfaat terhadap masyarakat.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Program Jualan Madani Koperasi (JMK) Koperasi Keluarga Jabat Sibang Daerah Pusa Berhad di sini, pada Sabtu.

Ujarnya, Kerajaan Sarawak sentiasa membantu masyarakat di Sarawak untuk terus menceburi bidang keusahawan memandangkan kemudahan seperti jambatan Batang Lupar dan Batang Saribas tidak lama lagi akan siap yang dapat merancakkan lagi ekonomi penduduk di kawasan luar bandar amnya.

Hadir sama,Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bahagian Sri Aman, Sarawak, Rizal Ismail, Pengerusi Koperasi Keluarga, Jabat Sibang dan Ketua Wanita Ranting Kalok, Pusa, Roski Kepli.-EDISI UKAS