Pelabuhan Bintulu Sumbangkan 30 Jaket Keselamatan Sempena Regata Sarawak 2024

Disiarkan pada 03 Nov 2024
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Pelabuhan Bintulu telah menyumbangkan sebanyak 30 jaket keselamatan bersempena dengan Regata Sarawak 2024.

Penyerahan sumbangan tersebut dibuat pada Sabtu oleh Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad, Ruslan Abdul Ghani kepada Pengawal Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Lt.Kol.(B) Ding Tiew Wong.

Hadir menyaksikan sesi penyerahan berkenaan ialah Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad Datuk Sri Fong Joo Chung.

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan sukan air berikutan tragedi yang menimpa peserta regata dua minggu lalu. -EDISI UKAS