MB Kelantan Sambut Baik Kunjungan Hormat Delegasi SUKMA & Para SUKMA XXI Sarawak 2024

Disiarkan pada 23 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS
 KELANTAN: Delegasi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassurudin Daud di pejabatnya di sini pada Isnin.
 
Delegasi kerajaan Sarawak diketuai oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam serta dihadiri 
Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr. Ripin Lamat dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA & Para SUKMA XXI Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee.
 
Dalam pada itu, Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassurudin Daud menyambut baik kunjungan hormat delegasi SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024.
 
Berdasarkan senarai pendaftaran senarai panjang, seramai 531 orang atlet dan pegawai dari Kelantan akan terlibat dalam kejohanan kali ini.
 
“Kelantan telah mendaftar untuk menyertai sebanyak 32 sukan. Kita menjangkakan seramai 12,613 jumlah keseluruhan bagi SUKMA manakala 1,400 atlet dan 600 pegawai bagi Para SUKMA,” jelas Dato’ Panglima Perang.
 
Dalam penganjuran kali ini, Sarawak telah merancang untuk mengadakan di sembilan Bahagian di Sarawak iaitu Kuching (25 acara sukan), Samarahan (2), Serian (1), Sri Aman (1), Betong (1), Sibu (3), Mukah (3), Bintulu (3) dan Miri (6).-EDISI UKAS