UKPS Anjur Taklimat Pasukan Petugas Khas Tangani Isu Kewarganegaraan Di Sarikei

Disiarkan pada 23 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



SARIKEI: Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sarikei telah mengadakan satu taklimat Pasukan Petugas Khas (PPK) untuk menangani isu penduduk Sarawak yang belum mempunyai taraf kewarganegaraan di bahagian Sarikei.

 

Taklimat itu diadakan di Sarikei Innovation Centre pada Isnin bersama ketua-ketua masyarakat dari seluruh bahagian Sarikei dan juga memberi peluang sesi soal jawab mengenai isu kewarganegaraan yang dihadapi oleh rakyat.

 

Penolong Pengarah UKPS Petrus Basik telah menerangkan bahawa pihaknya akan mengadakan operasi PPK di daerah Sarikei, Meradong, Julau dan Pakan.

 

Permohonan akan bermula pada 29 April depan di Julau, 6 Mei di Pakan, 10 Mei di Meradong dan 24 Mei di Sarikei.

 

Turut hadir ialah waki Residen Bahagian Sarikei Sufianah Rajeli, Pegawai Daerah Julau Wee Teck Min, Pemangku Pegawai Daerah Sarikei Ainur Yazmin Zaini, Pemangku Pegawai Daerah Meradong Thomas Geoffrey Kandawang dan Pemangku Pegawai Daerah Pakan Yalin Asan. -EDISI UKAS