RM200 Juta Diperuntuk Bangunkan Beting Maro

Disiarkan pada 23 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


PUSA: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro tidak ketinggalan menerima pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak.
 
Wakil rakyatnya Razaili Gapor berkata Kerajaan Sarawak telah menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk meningkatkan ekomoni tempatan di Beting Maro.
 
Ia menerusi peruntukan sebanyak RM200 juta di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) untuk pembangunan di kawasan itu.
 
Menurut beliau, beberapa projek yang akan dilaksanakan bakal mengubah wajah di Kampung Spinang.
 
Antaranya naiktaraf tebingan sungai Kampung Spinang serta membangunkan pusat ekonomi berasaskan pelancongan dengan kos RM3 juta selian membangunkan pusat RNR (Pusat Niaga) di laluan Jambatan Muara Saribas dengan kos RM4 juta.
 
Dengan adanya pusat itu nanti katanya akan memberi impak yang positif serta meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut.
 
Beliau berucap demikian pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2024 di SK Spinang, Pusa pada Selasa.
 
Dalam masa sama, beliau berharap agar warga pendidik di kawasan ini terus memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan pelajar dan murid di kawasan ini tidak ketinggalan dan mendapat pendidikan yang secukupnya.
 
Selain itu, Razaili turut menyeru warga pendidik di situ agar menyumbang idea, tenaga, kerjasama dengan pihak kepimpinan masyarakat setempat serta seiring dengan hasrat kerajaan bagi tujuan pendidikan mampu mengubah kehidupan masyarakat setempat.
 
Beliau turut memohon penduduk di kawasan itu agar terus fokus serta kerja kuat untuk memastikan pembangunan seiring dengan kemajuan ekonomi setempat kerana Sarawak ke arah wilayah yang maju berpendapatan tinggi. - EDISI UKAS