Pelaksanaan Agregator Gas Tunggal: Rundingan Antara PETRONAS Dan PETROS Masih Berjalan

Posted on 01 Nov 2024
Source of News: Ukas


KUCHING: Kerajaan Sarawak mengesahkan rundingan di antara Petroliam National Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berhubung pelaksanaan pengaturan agregator gas tunggal di bawah Ordinan Pengagihan Gas, 2016 masih berjalan.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, Kerajaan Sarawak mengulangi bahawa di bawah Ordinan tersebut, PETROS telah dilantik sebagai agregator gas tunggal.

Menjelas dalam satu kenyataan pada hari ini, beliau berkata, tiada agregator gas lain dilantik di negeri ini.

Katanya, Kerajaan Sarawak memaklumkan bahawa, rundingan di antara pihak PETRONAS dan PETROS berhubung perkara tersebut akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. - EDISI UKAS