KUCHING: Kursus Protokol, Etiket dan Pengurusan Acara Tahun 2024 yang berlangsung selama tiga hari di sebuah hotel terkemuka di sini telah melabuhkan tirai pada Rabu.
Majlis penutupan kursus yang bermula 28 hingga 30 Oktober 2024 itu telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee.
Kursus yang dianjurkan Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak tersebut memberikan pendedahan mengenai protokol-protokol majlis atau program rasmi kepada seramai 75 peserta dari pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri.
Turut hadir Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak, Datu Hamdan Sharbini.-EDISI UKAS