ADUN Opar Pantau Projek Sistem Perparitan Kampung Sepadah

Disiarkan pada 23 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


BAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang telah melakukan satu lawatan khas bagi pemeriksaan akhir projek bina baru sistem perparitan di Kampung Sepadah, Bau pada petang Isnin.

Lawatan beliau bertujuan memastikan perkhidmatan dan juga projek yang dilaksanakan di kawasan tersebut berkualiti tinggi sekaligus dapat memberikan manfaat secara menyeluruh kepada penduduk sekitarnya.

Projek bina baru sistem perparitan sepanjang 52 meter itu menelan belanja sebanyak RM60,000 pada dasarnya.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan di tapak projek, Billy telah mencadangkan kepada Ketua Kaum Kampung Sepadah iaitu Anthony Jirang untuk membuat permohonan peruntukan tambahan bagi menyambung pembinaan sistem perparitan tersebut yang masih berbaki kira-kira 13 meter lagi. -EDISI UKAS