JKKK & Biro Wanita Rumah Banta Terima Geran Kerajaan Berjumlah RM20,000

Disiarkan pada 23 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


ENGKILILI: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita Rumah Banta menerima geran daripada pihak kerajaan berjumlah RM20,000.

Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi memberitahu, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM15,000 khas kepada JKKK Rumah Banta manakala selebihnya sebanyak RM5,000 kepada Biro Wanita rumah panjang berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Segulai Sejalai Nuju Pemansang Lubok Antu yang diadakan di Rumah Banta baru-baru ini.

Dalam pada itu, Roy turut meluluskan dana berjumlah RM117,000 kepada 14 JKKK dan 14 Biro Wanita rumah panjang di kawasan Lubok Antu.

Turut hadir menyampaikan geran tersebut ialah Ahli Dewan Negara, Senator Susan Chemerai Anding yang mana beliau telah menyalurkan dana sebanyak RM5,000 kepada JKKK Rumah Banta manakala Biro Wanitanya menerima dana berjumlah RM3,000.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Mikai Mandau dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Kua Jack Seng. -EDISI UKAS